Friday, 18 October 2013

PEMBUBARAN NOMBOR KENDERAAN KECIL ( DAERAH TAWAU)



Saya PENGASAS TEMINATOR CLUB, Aming Co' , setelah berbincang dan bersepakat dengan pengurusan TERMINATOR CLUB, bersetuju dan meutuskan untuk pembubaran nombor kenderaan kecil bagi setiap daerah Sabah.
            Tujuan pembubaran ini adalah untuk menstruktur, menyusun dan memperbatul selain memperbaiki keadaan Club ini yang kini dalam keadaan kucar kacir. Saya mengharapkan agar saudara/ ahli sekalian dapat memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dalam hal ini demi kebaikan dan kesinambungan kelangsungan Club kita ini. Tiada gunanya ahli Club ramai namun tiada kerjasama dang enggan berganding bahu. Tiada kelab yang sempurna sepenuhnya setiap masa. Perkara ini akan dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua.
            Sesiapa yang ingin mendaftarkan diri sebagai ahli Club TERMINATOR ini, hendaklah membaca, memahami dan mematuhi undang- undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya anda bersetuju untuk mematuhi undang- undang tersebut, barulah mengisi borang dan menghantar borang tersebut berserta salinan IC dan 2 keping gambar berukuran pasport. Tiada paksaan dalam Club ini.
            Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih di atas kesetiaan anda. PEMBUBARAN NOMBOR KENDERAAN KECIL BERKUATKUASA MULAI 25 OKTOBER 2013. Kerjasama anda amatlah dihargai.

No comments:

Post a Comment