Friday 18 October 2013

PEMBUBARAN NOMBOR KENDERAAN KECIL ( DAERAH TAWAU)



Saya PENGASAS TEMINATOR CLUB, Aming Co' , setelah berbincang dan bersepakat dengan pengurusan TERMINATOR CLUB, bersetuju dan meutuskan untuk pembubaran nombor kenderaan kecil bagi setiap daerah Sabah.
            Tujuan pembubaran ini adalah untuk menstruktur, menyusun dan memperbatul selain memperbaiki keadaan Club ini yang kini dalam keadaan kucar kacir. Saya mengharapkan agar saudara/ ahli sekalian dapat memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya dalam hal ini demi kebaikan dan kesinambungan kelangsungan Club kita ini. Tiada gunanya ahli Club ramai namun tiada kerjasama dang enggan berganding bahu. Tiada kelab yang sempurna sepenuhnya setiap masa. Perkara ini akan dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua.
            Sesiapa yang ingin mendaftarkan diri sebagai ahli Club TERMINATOR ini, hendaklah membaca, memahami dan mematuhi undang- undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya anda bersetuju untuk mematuhi undang- undang tersebut, barulah mengisi borang dan menghantar borang tersebut berserta salinan IC dan 2 keping gambar berukuran pasport. Tiada paksaan dalam Club ini.
            Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih di atas kesetiaan anda. PEMBUBARAN NOMBOR KENDERAAN KECIL BERKUATKUASA MULAI 25 OKTOBER 2013. Kerjasama anda amatlah dihargai.

UNDANG UNDANG & PERATURAN CLUB TERMINATOR




Syarat- syarat untuk memasuki Club Terminator (termasuk kenderaan kecil).

Disini,saya sebagai PENGASAS CLUB TERMINATOR, Aming co' mengharapkan ahli ahli yang telah berdaftar agar dapat mematuhi peraturan dan syarat syarat yang telah ditetapkan seperti berikut; 

  1.  Isi borang dengan lengkap.  
  2.  Salinan kad pengenalan 1 keping.
  3.  Gambar berukuran pasport 2 keping.
  4.  Tidak mempunyai kaitan dengan mana- mana pertubuhan yang lain.
  5.  Tidak mengambil benda terlarang.
  6.  Bekerjasama.
  7.  Setia dengan Club, walau apa pun yang berlaku selagi masih menjadi ahli Club.
  8.  Tidak memburuk- burukkan Club mahupun kelab- kelab yang lain.
  9.  ID untuk ahli RM 20
  10.  Sijil keahlian RM 10
  11.  Tidak dibenarkan mengubah logo TERMINATOR sesuka hati.
  12.  Logo rasmi tidak boleh diubah sama sekali.
  13.  Club akan membuat pungutan derma jika terdapat mana- mana saudara  dalam kesusahan (keikhlasan).
  14. Club akan membantu anda kecuali masalah peribadi.
  15. Club tidak teragak- agak mengambil tindakan jika anda tidak mematuhi undang- undang yang ditetapkan.
  16. Sekiranya anda tidak berpuas hati atau ingin bertanya sila berjumpa dengan TERMINATOR 01 atau mana- mana ketua bahagian.
  17. Club ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli.
  18. Masuk dengan cara baik, keluar pun dengan cara baik.
  19. Buat masa ini, Club Terminator belum pernah membuat sebarang pungutan yuran.
  20. Apabila anda manjadi ahli Club ini ,marilah kita bersama- sama menjaga nama baik Club TERMINATOR ini.
  21. Pastikan anda tidak mengambil dadah.
  22. Jika anda berhenti kerja dari mana- mana company, sila tanggalkan sticker anda dengan serta merta.
  23. Pastikan anda kenal mana- mana ketua bahagian , terutamanya pengasas Club TERMINATOR Aming co'.
  24. Mana- mana bahagian tidak dibenarkan membuat perjumpaan tanpa kebenaran pihak pengurusan/ atasan.
  25. Untuk kenderaan kecil, pastikan nombor anda jelas. Contoh; SDK-1, TWU-1, LDU-1, TLPD-1, RNU-1, TLPD-1, KK-1,LBU-1, SPN-1, KNK-1, KBTN-1, SWK-1.
  26. Mana- mana kederaan kecil yang tidak membawa TRUCK, tidak boleh menggunakan nama TRUCK dan haruslah mengikut contoh seperti di atas.
  27. Ahli yang mengambil nombor TRUCK, sticker hendaklah dipasang seperti contoh; TERMINATOR TRUCK 01, TERMINATOR TRUCK 02.
  28. Untuk ahli- ahli Truck yang mempunyai kenderaan kecil dan hendak memasang sticker perlulah mengikut contoh yang tertera seperti di atas.
  29. Setiap ahli hanya dibenarkan memasang sticker 1 nombor 1 kenderaan yang berdaftar sahaja.
  30. Bagi yang memandu bas, anda dibenarkan untuk menggunakan/ melekat kedua- dua logo TRUCK dan SKYBUS.
  31. Baju Club tidak boleh diubah- ubah TERUTAMANYA logo rasmi Club.
  32. Ahli yang telah dikeluarkan atau keluar dengan kerelaan hati tidak dibenarkan masuk semula untuk kedua kali.
  33. Setiap daerah, ahli- ahli hendaklah bekerjasama dengan mana- mana ketua bahagian yang telah dilantik. Oleh itu, ketua bahagian mempunyai kuasa di daerah masing- masing untuk kenderaan kecil sahaja dan bukannya TRUCK.
  34. TRUCK 01/ Aming co', berkuasa di seluruh Sabah, Sarawak dan Labuan ke atas semua ahli dan tiada yang terkecuali.
  35. Sebarang cadangan hendaklah dikemukakankepada mana- mana ketua bahagian untuk pertimbangan selanjutnya.
  36. Sekiranya ahli hendak keluar dari Club, diharap dapat berjumpa dengan ketua anda dan mengembalikan nombor pendaftaran anda.
  37. Ahli yang telah keluar Club diminta untuk tidak memburuk- burukkan nama Club. Bawalah bersama yang baik dan tinggalkanlah yang buruk untuk mengelakkan persengketaan di antara kita semua.
  38. Kenderaan kecil bagi setiap daerah tidak dibenarkan bermula dengan nombor 1 dan hendaklah bermula dengan nombor 2.
  39. Perjumpaan sekurang- kurangnya sekali sebulan akan diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, berkongsi masalah, bertukar pendapat atau pun cadangan.                               
  40. KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI DAN SAYA DAHULUI DENGAN UCAPAN WELCOME TO THE CLUB & THANK U!!     
  41. "KERJA DIDAHULUKAN, RUMAH TANGGA DIUTAMAKAN"
  42. CLUB MENGERATKAN BUKAN MEMISAHKAN.
  43. Setiap ahli yang telah mendaftar dan mendapat nombor keahlian yang sah hendaklah dipasang dalam masa 2 minggu.
  44. Sekiranya ahli gagal memasang sticker dalam masa yang telah ditetapkan, pihak Club akan menarik balik/ membatalkan nombor keahlian anda dengan serta merta.
  45. Setiap ahli yang telah mendaftar dan yang telah memasang sticker hendaklah melapor diri atau memaklumkan kepada ketua bahagian masing- masing untuk dilaporkan kepada pengasas bagi pengesahan nombor keahlian yang telah digunakan.
  46. Setiap ahli diwajibkan membuat ID kad dan sijil keahlian untuk membuktikan yang anda sah berdaftar dalam Club TERMINATOR.
  • Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi nombor berikut;
  • PENGASAS AMING CO' 017- 8201205